Thursday, November 1, 2012

Gunung Oh Gunung~

Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Ini bermakna, esok CUTI!!! yay!! kalau sape2 yang tinggal kat negeri selain Kedah, Kelatan & Terengganu, esok korang x cuti lg ok..hehe.

Hm..ok! hari ni saya x tau nak bt entry apa...tp rasanya lagi seronok kan kalu kita tengok gambar...sebenarnya gambar2 yg saya nak upload ni adalah gambar2 sepanjang terlibat dalam arena mendaki gunung..saya ni bukan la otai sgt dalam hiking nih..biasa2 saja, takat daki gunung rendah2 je..hehe..sebenarnya, saya mmg minat hiking..sbb bila mendaki ni, kita dpt satu kepuasan tau, especially bila dah sampai kat puncak!! fuh mmg TERBAIK!! Hilang sume stress yg dok bersarang dalam jiwa raga ni..kalu korang x percaya, cuba lah...


Saya start kenal dalam arena mendaki gunung ni pn dari FAZA (dia lagi.macam xde org lain kan..)..(.- _ - ) hehe..dia la yg mula2 ajak join naik gunung ni...hehe..masa tu 2nd year..time tu daki Gunung Tebu...beeest sangat!! start dari situ la jd macam addicted...then, lepas tu Gunung Stong, Gunung Ayam, Gunung Chemerong & Berembun dan bermacam-macam lg..tp yang paling best, ekspedisi tans Titi Version 2.0..sepuluh hari mendaki..mencabar betul..mmg x leh lupa la..tp one thing yang saya suka ngn geng2 gunung ni, depa ni always happy...rasanya skalu trip mna2 pn, kalu p ngn depa mmg x kering gusi lah..ada ja lawaknyaa...hahaha..rindunya dekat EDOT, ALANG, HAIDA!!

Tp sekarang ni, dek kerana ketiadaan masa yg sesuai,, activity ini dihentikan bt sementara...xde la semantara sgt, dah dkat setahun lebih dah x naik gunung..lagi pun ramai member2 gunung dah graduate..harap2 la, berpeluang mendaki gunung lagi....seronok tau...





Time ni kat puncak G. Tok Nenek

Kat Puncak G. Korbu...Kat sini pelik sikit sbb ada rumput..kawasan lapang...

Yang ni pulak x ingat la kat puncak mna..hehe

yang ni kat puncak G. Yong Belar..best!!
ni masa 1st time naik gunung..kat G. Tebu..
 Gambar diwah adalah diantara gambar2 masa trans titiwangsa:








Puncak Gunung Yong Yap


rehat jap...hehe
 OK lah...itu je kot utk malam ni..hehe..sebenarnya, ada lagi gmbar2 lain..tp x jumpa plak kt mna album tu disembunyikan..xpe, nnti2 la ye saya share...hehe

3 comments:

faza said...

teringat time muda2 la plak... mecam la da tua sekarang ni.. hehe

cikghah said...

Bestnyaa.. Suka sangat aktiviti mendaki nih. Haha.

Jom daki Broga Hill, teringin ohhh :D

Nur Sukainah Ibrahim said...

faza, kira dah tua sikit la sebenarnya..hehe

ghah: jom..kak su x penah lg naik broga hills..hehe..bleh jom kita naik bila2..hehe