Thursday, November 22, 2012

Palestine...apa sumbangan kita???

Assalamualaikum dan salam Jumaat...
Dah baca surah Al- Kahfi belum?? jom kita tambahkan pahala pada hari yg mulia ni...

Semalam 22 November 2012, alhamdulillah, sy diberi kesempatan untuk menghadiri solat hajat perdana untukmu Gaza dan mendengar sedikit perkembangan di Gaza live dari Dr. Mahmoud Abu Marzouk, seorang rakyat palestin dari Gaza...masyaAllah..perkongsian yg sgt bermakna...dan sebagai umat islam, kita wajib mengambil tahu perkembangan saudara2 seislam kita di sana...



Perkongsian dari pejuang palestin ini adalah dalam bahasa arab, so, ada translator kat sebelah dia...ucapannya yg penuh semangat membuatkan meremang bulu roma saya walaupun kurang faham dengan apa yg diperkatakan...terasa malu dengan diri sendiri sbb kita lebih menguasai English berbanding bahasa syurga yg dituturkan oleh pejuang palestin ini...(padahal dulu, belajar Bahasa Arab jugak)...

Disini saya nak kongsikan beberapa point2 yg saya dapat semalam:

- Serangan Israel terhadap Gaza kali ini adalah bertujuan:
1) menguji sejauh mana kebangkitan Umat Islam diseluruh dunia..
2) Untuk menguji tindak balas pemimpin baru revolusi Islam, terutamanya di Mesir, Turki, dan Magribi..
3) Untuk menguji kubah besi baru yg dibina Israel sebagai benteng pertahan diorang,,
4) As diorang punya manifesto pilihanraya Israel...

- Sebagai seorg muslim, kita wajib mengetahui sejarah kiblat pertama kita iaitu Masjidil Aqsa dan siapakah Al-Qassam dan apa yg diperjuangkan. Adalah mengaibkan sekiranya seorang muslim tu tidak arif perihal sejarah tempat suci itu...kepada sapa2 yg masih x tahu, please do a research...

- Sentiasa berdoa dengan qunut nazilah dalam setiap solat kita..beri sumbangan yg termampu untuk palestin, dan boikot barangan Israel...

- Tanamkan jihad dalam diri anak2 kita dan ajarkan dia Al-quran...

Sungguh keji kan Israel ni..kita dijadikan bahan ujian mereka tanpa belas kasihan...

Kepada yg masih terlena dibuai keseronokkan dunia,
bangunlah, dan bangkitlah...beri kan sumbangan anda semampu yg boleh..boikot barangan israel....terutamanya McDonald...stop makan McD sbb dia adalah penyumbang dana terbesar pada Israel...x mati pn kalu x makan..byk lg kan jenis burger dlm dunia ni...israel x takut dengan kemarahan kita, tp apa yg mereka takutkan ialah ekonomi mereka merudum...sbb tu diorang siap ada Israel's Boycott Law...boleh search kat google...



Peparangan umat Islam dengan Yahudi bukan sahaja di Palestine, tp di seluruh dunia...
kita mungkin tak nampak, sebab kita disini tidak diperangi dengan peluru 2, tetapi kita di serang dengan cara yang lebih halus tanpa kita sedari..ini sebenarnya lebih merbahaya...contohnya,  kita diperangi dengan cara apa yg kita baca, movie yg kita tgk, mkanan apa yg kita mkan...semua ni kita disajikan dengan produk2 yahudi yg nak meruntuhkan akhlak dan pemikiran kita...you are what u eat, you are what u read...kita ada pilihan dan kita boleh menilai...nilai lah dengan nilaian iman, bukan nilaian nafsu...saya merasa sedih dan terkilan bila ada sesetengah pihak yg lansung x ambil peduli dan siap perli2 lg isu memboikot israel...common!!do something!!!dah keras hati sgt ke nk tolong??

Kepada yg masih belum rasa apa2 bila dengar perkhabaran saudara kita nun disana, plaese check your iman...mungkinkah hati kita terlalu keras untuk merasa sedih dan marah untuk apa yg diperlakukan kepada saudara2 kita hasil sajian produk2 yahudi itu???



p/s: post ini adalah peringatan untuk diri sendiri jugak...saya berpegang pd prinsip, do better than yesterday..boikot apa yg termampu..kalau ada duit belanja lebih tu, derma lah ke palestine...InshaAllah, semoga menjadi sebahagian daripada jihad kita di jalan Allah...

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Sunday, November 18, 2012

Kek Pelangi Samba

Assalamualaikum....

 Alhamdulillah, bersyukur, kerana masih bernyawa di Bumi Allah ini pada saat ini...Bersangka baiklah dengan Allah bila ada ujian dtg menimpa kita...setiap ujian yg dtg menunjukkan kasih sayang Allah pd kita utk lebih mendekatkan diri kita pada Nya..

Hm..hari ni sy nak kongsikan satu resepi kek yg saya buat time cuti hari tu...ni sy bagi nama kek ni Kek Pelangi Samba..hehe..kenape ek samba?? kalu tgk selang2 kaler kak kek ni, terbyang afrika..samba ni, kalu nk diikutkan ada lah sejenis tarian yg berasal dari brazil dimana genre muzik nya berakar dari afrika..nak tau lebih boleh google ye.. tp x tau la kan korang tgk kek ni mcm terbayang negera apa kan..hehe..

Amacam?? ok x?? ni first attemp icing kek ni..hehe

Warna lapisan kek tu mcm tudung saji kt belakang la pulak..hehe

ha...maaf la sbb kejadian kek ni x beberapa cantik, sbb chef ni x pandai icing (layak ke gelar diri chef ..OMG..hehe ) tp sedap...boleh la kalu takat nk makan adik beradik kan...plan asal nak buat ikut kaler rainbow, tp sbb stok pewarna kat rumah ada yg ni je..hentam saja Labu!..hehe

Ni dia resepi kek..senang je resepi kek ni...dlm resepi ni, sy double the dose sbb kalu ikut dose asal sikit je dapat adunan,  kek x tebal...so kalu tgk 250g, tukar jd 500 g...amek resepi dari mak...pakai sponge mix je ..senang kerja..hehe..

Kek Pelangi Samba

Bahan-bahannya:
250 g sponge mix
4 biji telur
60 g minyak
60 g air - sy guna full cream milk
1 sdk esen vanilla

Cara-caranya:

- Putar sponge mix bersama telur sampai betul2 kembang ( guna high speed ).
- Tambahkan susu..pukul lg 3 minit...
- Masukkan minyak, pukul bg betul2 sebati ( guuna  medium speed)
- bahgikan kedalam mgkuk kepada 3 bahagian (sbb sy letak 3 kaler je, kalu nak 4 kaler, bgkan kepada 4 and so on..)..timbang bg setiap adunan tu sekata, so bila bakar, ketebalan dia sama je..
bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit..
- Bila masak, biarkan sejuk..

Topping:

500 ml non-diary whipping cream
Gula icing- ikut stakat mna manis yg nak..tp su x letak sbb whipping cream tu dh manis dah..
Blueberry paste

Cara-caranya:

-Putarkan whipping cream dgn kelajuan sederhana (follow instructions kat kotak ) sampai kita dpat soft peak..
-Bila dah kembang. kalau nk tmbah gula, boleh...bila tmbah gula cream akan nmpak berkilat skit..
- Bila dh dapat soft peak tu, boleh la guna untuk hias kek ikut creatvity sndiri..
- untuk layer cake, sy sapukan blueberry paste utk lapisan paling bawah, then, baru ltak whipping cream.

Buat sampai habis lapisan kek...then lebihan cream tu digunakan untuk decoration dia...
Smpan kek dalam peti sejuk dulu..then boleh la dihidang kan...

Selamat Mencuba...hehe




Saturday, November 17, 2012

Ais kacang Gunung Jerai VS Ais kacang Cornetto




Assalamualaikum semua..hehe...

Alhamdulillah, sy baru je balik ke kampus setelah seminggu bercuti...dok kat rumah seminggu xde mood pulak nak update blog...bila sampai je kat kampus, bru ada feel nk bt post baru...

Kawan2 semua, ampa semua penah x makan ais kacang gunung jerai??nama ais kacang ni bukan bermakna ada jual kat gunung jerai tau..simbolik ja tu..ha...kalu org negeri lain depa panggil ais kacang ni as air batu campur @ ABC...kalu kat utara ni ais kacang dia sempoi2 sikit...x tau la tu mmg kepakaran org utara or ada reason lain yg membuatkan ais kacang kami sedap dari yg lain..hehe(poyo je ayat..) bukan apa , setakat ni, rata2 kalu p makan ais kacang selain dari ais kacang utara, dia punya presentation setakat ni je la..



 Tapi x tau la kot2 ada yg lgi sempoi..boleh la inform sy ok..hehe..nak p try ....

3 hari lepas, sy dan adik2 p jalan2 kat pantai merdeka...saja ja nak jln2 ambik angin...lama x jln2 kat pantai...sebelum ni penah la dengar pasal ais kacang gunung jerai...tp x pernah la tgk macam mna kejadian dia...alang2 pi pantai merdeka, kami pn bercadang nk pekena sekali ais kacang gunung jerai...nak oder 4 mangkuk, tgk mcm org lain punya ais kacang besaq ja..so we decided to order two instead of 4 sbb nk try dulu..nnt x habis jenuh la pulak kan..rupanya kat situ bukan ada sejenis ais kacang ja, tp ada satu lagi ais kacang..nama dia ais kacang cornetto...so, kami order dua2 spesis ais kacang tuh...hehe..x sabaq kan nak tgk mcm mna ais kacang tu..hehehe...

Tunggu punya tunggu....tada!!!!!

Ais kacang Cornetto.

Ais kacang Gunung Jerai.

 Ha..terkejut chek adik beradik..dalam kepala ni dok pikir...boleh ka abeh ni??..sbb kejadian dia besaq sungguh...betoi chek x tipu!!!
stelah pulun punya pulun, last2 habis jugak...mesti ramai yg nk tau bape rege semangkuk ni..semangkuk RM5 je..ok la, dengan besaq gedabak mcm tu , x dak la mahal sgt kn..affordable..well...hehe..

Ok, tgh siap2 nk balik ni..tiba2 ternampak satu lagi ais kacang dari kedai mna pulak ntah...lagi besaq!!!! hehe...huish!!! pakat dok berlawan nampaknya kedai2 kat situ.. tp sy x dak gambaq dia kat sini...kata adik waiter tu, tu ais kacang biasa ja...em..apa2 pn, nnt nk try ais kacang BIASA tu pulak....


Anak sedara pn semangat nak makan ais kacang..jom!!!
So, sapa2 yg tringin nk makan ais kacang sperti yg disebut di atas, mai la ke sini...

Thursday, November 1, 2012

Hujung minggu VS Drama

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!! mcm mna hari ini??? ceria2 selalu ok!!

Hari ni su bngun awal. lepas solat subuh, trus pergi mandi. Then breakfast, lepas tu trus g jemur baju yg su basuh semalam , then kemas2 bilik...Saje bt macam tu, sbb nak menghilangkan mood yg masih nak tido...hehe..biasa la cuti2 mcm ni kan..korang pun mesti sama jgk kan...kalu boleh tido tu nak qada' yg seminggu lpas punyaa kan..btul x??? hehe...tp korang perasan x, kalu korang bngun lewat, mesti korang rasa malas untuk bt pape satu hari tu kan, ble dah end of the day tu, korang akn rasa masa tu sekejap je dah nak malam. x sempat pn nak buat ape2..kan?..hehe..tp kalu kita bangun awal, dan x tido lepas subuh, byk perkara yg kita boleh selesaikan unruk hari tu, mood kita pon lebih ceria...so, bile sentiasa ceria, awet muda la...sape x nak...x rugi pun bangun awal..so, lepas ni boleh la start bangun awal time hujung2 mingu..su pn slalu jgk tido lpas subuh..hehe..tp apa salah nya kalau kita cuba menjadi yg lebih baik..InshaAllah...



Sekarang ni su tgh menaip entry sambil listening to Radio Era..~mood happy...(^ ^)v

hari ni su sedikit demam la...yela selalu time2 hujung minggu ni, student2 dok layan drama la...su skrg tgh dok follow satu drama ni....drama Adam & Hawa yg tgh ditayangkan kat astro Mustika..



Korang follow x drama tu??.su suke sesgt drama tu...kat asrama su ni xde astro Mustika, so kitorang tgk through online je..su tgk kat CeritaMaster.com..tp tu dulu...huhu..sebenarnya kalau kat USM ni, diorang block tau link2 utk tgk any videos through internet..(jeles la tu x bg student enjoy...nak sruh stady je..) kalau youtube tu sudah pasti2 mmg x bleh tgk....so kami guna bypass. ni pun dpt dari kawan2..kiranya, su menonton secara haram la kat USM ni  (lebih kurang macam tu la..).hehe. tp mimpi ape pn x tau..rasanya pihak pengurusan internet kat USM  ni dh boleh detect student gune bypass. So skrg, skali ngn bypass pn kene block..tu yg dok demam tu..sbb x leh nak sambung tgk drama tu..huhu...

 Dalam drama ni, Aaron Aziz ngn Nadiya Nisaa berlakon...su suke Nadiya dalam cite ni...sbb muka dia dan watak dia sama sebijikmacam kawan baik su ATUN..x percaya?? tgk ni..

Atun yang bertudung hitam.



Haa...sama x?? kalu korang kenal atun ni mesti korang pn setuju dgn su...hehe..(sory ye atun , i upload gambaq u dlm entry ni..hehe.) Mana la tau kot2 la g jalan2 JB terserempak pulak dgn atun ni korang cakap nadiya nisaa pulak...hehe

Sekian , selamat berhujung minggu!!!

p/s: rindu kat sahabat sorang ni..apa khabar dia sekarang ek???Atun sahabat yg sgt baik..harap dia baik2 selalu..


Gunung Oh Gunung~

Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Ini bermakna, esok CUTI!!! yay!! kalau sape2 yang tinggal kat negeri selain Kedah, Kelatan & Terengganu, esok korang x cuti lg ok..hehe.

Hm..ok! hari ni saya x tau nak bt entry apa...tp rasanya lagi seronok kan kalu kita tengok gambar...sebenarnya gambar2 yg saya nak upload ni adalah gambar2 sepanjang terlibat dalam arena mendaki gunung..saya ni bukan la otai sgt dalam hiking nih..biasa2 saja, takat daki gunung rendah2 je..hehe..sebenarnya, saya mmg minat hiking..sbb bila mendaki ni, kita dpt satu kepuasan tau, especially bila dah sampai kat puncak!! fuh mmg TERBAIK!! Hilang sume stress yg dok bersarang dalam jiwa raga ni..kalu korang x percaya, cuba lah...


Saya start kenal dalam arena mendaki gunung ni pn dari FAZA (dia lagi.macam xde org lain kan..)..(.- _ - ) hehe..dia la yg mula2 ajak join naik gunung ni...hehe..masa tu 2nd year..time tu daki Gunung Tebu...beeest sangat!! start dari situ la jd macam addicted...then, lepas tu Gunung Stong, Gunung Ayam, Gunung Chemerong & Berembun dan bermacam-macam lg..tp yang paling best, ekspedisi tans Titi Version 2.0..sepuluh hari mendaki..mencabar betul..mmg x leh lupa la..tp one thing yang saya suka ngn geng2 gunung ni, depa ni always happy...rasanya skalu trip mna2 pn, kalu p ngn depa mmg x kering gusi lah..ada ja lawaknyaa...hahaha..rindunya dekat EDOT, ALANG, HAIDA!!

Tp sekarang ni, dek kerana ketiadaan masa yg sesuai,, activity ini dihentikan bt sementara...xde la semantara sgt, dah dkat setahun lebih dah x naik gunung..lagi pun ramai member2 gunung dah graduate..harap2 la, berpeluang mendaki gunung lagi....seronok tau...





Time ni kat puncak G. Tok Nenek

Kat Puncak G. Korbu...Kat sini pelik sikit sbb ada rumput..kawasan lapang...

Yang ni pulak x ingat la kat puncak mna..hehe

yang ni kat puncak G. Yong Belar..best!!
ni masa 1st time naik gunung..kat G. Tebu..
 Gambar diwah adalah diantara gambar2 masa trans titiwangsa:








Puncak Gunung Yong Yap


rehat jap...hehe
 OK lah...itu je kot utk malam ni..hehe..sebenarnya, ada lagi gmbar2 lain..tp x jumpa plak kt mna album tu disembunyikan..xpe, nnti2 la ye saya share...hehe